Rekaan Kad Prabayar VISA Yang Dipautkan Ke Baki Touch n Go eWallet Diperlihatkan

Diterbitkan pada Dis 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Touch n Go eWallet sedia mengumumkan sebelum ini bakal memperkenalkan sebuah kad prabayar yang dipautkan ke baki dompet digital mereka, sekaligus membolehkan mereka menggunakannya pada pelbagai terminal yang menerima kad VISA, termasuk secara atas-talian.

Touch n Go menyasarkan pengenalannya pada bulan Disember 2022 sebelum ini, tetapi masih tidak kedengaran sehingga kini. Terdapat kemungkinan ia ditangguhkan, atau mungkin juga ia akan diperkenalkan pada minggu terakhir Disember ini.

Kini, selain halaman FAQ yang telah mula dibangunkan, sebuah gambar turut hadir ke arena internet yang dikongsikan kepada kami, memperlihatkan rekaan awal kad prabayar TNG eWallet berkenaan.

Gambar kad dilihat memperlihatkan corak berwarna-warni seperti lakaran cat – berbeza dengan rekaan kad TNG NFC terbaru yang bersifat hadir tanpa sebarang corak dan lebih minimalis.

Kad ini juga menyertakan logo VIsa dan Touch n Go eWallet pada posisi kad menegak, selain paparan logo “Paywave” padanya. Tiada sebarang nama atau nombor dipaparkan pada bahagian kad.

Sebelum ini, ia dikongsikan pengguna turut boleh mengeluarkan wang melalui ATM yang menyokong kad VISA. Disamping itu, kad ini turut membolehkan pengguna membelanjakan wang dompet digital mereka melalui terminal yang menerima pembayaran kad VISA – termasuk diluar negara, dan juga secara atas-talian.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai kad prabayar TNG eWallet Visa ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami