Carian
Desas-Desus Terbaru Mengatakan Galaxy S22 FE Mungkin Gantikan Siri Galaxy A7x
December 25, 2022 Aman

Beberapa hari yang lepas, kita telah mendengar akan desas-desus mengatakan Samsung mungkin menamatkan siri Galaxy A7x – menjadikan telefon pintar Galaxy A73 sebelum ini sebagai peranti terakhir dibawahnya.

Hal ini dikatakan mengambil kira beberapa perkara, termasuk siri Galaxy A7x yang sudah pun menghampiri spesifikasi mercu dan bersaing dengan yang lain dari segi penawaran dan harga.

Terbaru, desas-desus hadir mengatakan siri Galaxy S FE akan menggantikan penggunaan model berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, Galaxy S FE sedia menawarkan sejumlah ciri-ciri mercu bagi para peminat Samsung, pada harga yang lebih kompetitif berbanding siri Galaxy S utama.

Ia diperkatakan Samsung Galaxy S22 FE akan kekal hadir pada 2023 kelak, dan ia akan menjadi pengganti untuk model Galaxy A7x.

Sekiranya benar, maka mungkin kita akan melihat pengenalan telefon pintar baharu ini pada awal 2023 kelak.

Komen