Carian
Microsoft Bakal Memperkenalkan Ciri Tab Pada Aplikasi Notepad Di Windows 11
December 25, 2022 Aman

Notepad merupakan salah satu perisian yang saya sering gunakan pada komputer Windows. Ia memudahkan pengambilan nota dengan pantas atau sekiranya ingin mencatatkan sesuatu – tanpa perlu menggunakan perisian berat seperti Word dan lain-lain.

Menariknya, kini Microsoft dilihat sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan ciri tab pada aplikasi Notepad di Windows 11.

Dengan langkah ini, anda tidak perlu membuka lambakkan tetingkap Notepad untuk nota berasingan. Sebaliknya, anda boleh mengambil pelbagai nota dibawah satu tetingkap sama – tetapi pada tab-tab berbeza. Ia lebih kurang seperti menggunakan pelayar web pada hari ini.

Perkongsian ini hadir melalui pekerja Microsoft, sebelum memadam perkongsian tersebut tetapi telah dirakamkan oleh Windows Central.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah Microsoft akan memperkenalkan ciri ini secara rasminya. Mungkinkah kita akan melihat sokongan tab pada Notepad melalui kemaskini Windows 11 akan datang?

Komen