Cari @ Amanz

Mozilla Ingin Melihat Kepada Arena Media Sosial Yang Lebih “Sihat” Pada 2023

Oleh Aman

Link Copied!

Mozilla sedia dikenali ramai dengan penawaran pelayar web Firefox. Selain perkhidmatan Firefox, Mozilla turut mempunyai beberapa perkhidmatan lain seperti Pocket, Thunderbird, Firefox Relay, dan sebagainya.

Bergerak ke 2023, kini Mozilla turut menyatakan hasrat untuk melihat ke arena media sosial melalui Mozilla.Social.

Logo Mozilla

Mozilla dilihat ingin membangunkan media sosial yang sihat dan terpencar, menggalakkan perbincangan yang sihat, disamping meningkatkan perbincangan yang lebih kritikal dan pintar.

Mozilla.Social akan berasaskan kepada Fediverse, sekaligus mengalakkan pembangunan perkhidmatan sosial yang terpencar dan terbuka – memberikan lebih kawalan kepada data pengguna.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan Mozilla.Social pada 2023 kelak.


Komen ()