Honor 80 GT Dilancarkan Dengan Snapdragon 8+ Gen 1 Dan Skrin AMOLED 120Hz

Diterbitkan pada Dis 27, 2022. oleh .

Honor 80 GT telah dilancarkan secara rasminya di China sebagai sebuah telefon pintar yang memfokuskan terhadap permainan mudah alih (permua). Ia menjadi model terkini di bawah siri berkenaan – sekaligus menyertai Honor 80, Honor 80 Pro dan Honor 80 SE yang diumumkan pada November lalu.

Honor 80 GT mempunyai aspek rekaan yang tampak premium dengan pilihan warna seperti Interstrellar Black, Streamer Mirror dan Light Rain Meteor. Tubuh adalah sejenis melengkung pada panel belakang dengan padanan skrin ratau di hadapan. Melaluinya skrin AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan bersaiz 6.67-inci digunakan.

Seterusnya, cip Snapdragon 8+ Gen 1 disertakan dengan gabungan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5 dan storan terbina 256GB UFS 3.1. Turut disertakan adalah cip paparan khusus yang boleh meningkatkkan kadar bingkai permainan sehingga 100%, dalam masa sama mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 25%.

Tetapan kamera utama pula terdiri dengan 54MP (Sony IMX800) EIS + 8MP ultra-lebar + 2MP makro. Manakala kamera hadapan pula sebesar 16MP yang ditempatkan dalam skrin sejenis berlubang. Kapasiti bateri adalah 4,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Lain-lain spesifikasi terdiri dengan sokongan bluetooth 5.2, IR Blaster, port USB-C, NFC dan menjalankan MagicOS 7.0 berasaskan Android 12. Untuk harga, ia dijual bermula RMB3299 (~RM2092) (12GB/256GB) dan RMB3599 (~RM2282) (16GB/256GB). Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaan di luar pasaran China.

komen


© Amanz / 2023 Kami