Xiaomi Melancarkan Akuarium Pintar Yang Boleh Mencuci Diri Sendiri

Diterbitkan pada Dis 27, 2022. oleh .

Jenama MIJIA di bawah Xiaomi seringkali hadir dengan pelbagai produk aneh dan menarik. Ia menjadi lebih aneh jika dipasarkan di bawah laman biayasama Youpin. Terkini, Mijia telah hadir dengan akuarium ikan pintar yang diberi nama MIJIA Smart Fish Tank.

Akuarium ikan ini hadir dengan pam air terbina, boleh memberi makanan secara automatik, sistem penapisan serta sensor suhu air. MIJIA turut menyertakan sistem lampu untuk pencahayaan LED putih atau juga RGB yang boleh dikawal pengguna. Tangki ini hadir dengan bentuk lebar seakan paparan 16:9.

Menariknya, MIJIA Smart Fish Tank ini turut tidak perlu ditukar airnya kerana boleh melakukan penapisan dan pembersihan secara automatik selama 6 bulan. Sistem pembersihan akuarium ini juga hadir dengan bila untuk memastikan segala kotoran dapat dibersihkan tanpa ada masalah tersumbat. Akuarium ini juga boleh dikawal dengan aplikasi MIJIA untuk pemantauan keadaan air, suhu, pemberian makanan dan banyak lagi.

Buat masa ini, akuarium pintar ini hanya dijual melalui laman Youpin pada harga RMB 349 iaitu sekitar RM222.

komen


© Amanz / 2023 Kami