Wajah Sebenar Firaun Yang Mati Mengejar Nabi Musa Dihasilkan Menggunakan Teknologi 3D

Diterbitkan pada Dis 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam sejarah Al Quran, Nabi Musa A.S melarikan diri daripada Mesir kerana diburu oleh Firaun yang zalim. Ketika Nabi Musa membelah Laut Merah untuk menyeberang bersama pengikut, Firaun mati lemas selepas ditelan laut. Di kalangan ahli sejarah, Ramses II dipercayai adalah Firaun yang diceritakan dalam kitab Taurat, Injil dan Al Quran.

Saintis dari Face Lab Liverpool John Moores University dan University of Cairo telah menghasilkan semua wajah Ramses II berdasarkan data imbasan CT yang diambil dari mumia maharaja Mesir yang terkemuka ini. Berdasarkan data ini, wahah Ramses II ketika berusia 45 dan 90 telah dihasilkan menggunakan teknologi 3D.

Dengan data imbasan CT, wajah sebenar Ramses II dapat dilihat bukannya dari ratusan patung yang diukir ketika belia masih hidup. Beliau merupakan Firaun yang memerintah ketika Dinasti ke-9 Mesir dan dikenali juga sebagai Ramses The Great serta Ozymandias kerana tempoh pemerintahan yang panjang.

Antara monumen yang dibina oleh beliau ialah kuil Abu Simbel. Selepas meninggal dunia Ramses II ditanam di makan yang terletak Lembah Raja dan bukannya Piramid seperti maharaja daripada dinasti terdahulu.

komen


© Amanz / 2023 Kami