Huawei Memfailkan Paten Untuk Pengimbas Litografi EUV Mereka Sendiri
Nazrin
Extreme Ultraviolet Litography Scanner ataupun Pengimbas Litografi Ultra Ungu merupakan salah satu komponen yang penting dalam pembangunan dan pengeluaran cip pemprosesan moden.
Ketiadaan komponen khusus ini menyebabkan ia mustahil untuk mana-mana syarikat mengeluarkan komponen-komponen semikonduktor berprestasi tinggi, dan adalah salah satu sebab mengapa China dilihat membangunkan teknologi mereka sendiri setelah dikenakan pelbagai jenis sekatan ekonomi dan teknologi.
Huawei baru-baru ini dilaporkan bahawa mereka telah memfailkan paten untuk teknologi pengimbas litografi ultra ungu ini yang mana apabila ia lengkap dipasang, akan membolehkan syarikat tersebut untuk mula membangunkan cip pemprosesan dengan binaan 7nm keatas.

Paten ini termasuk dengan komponen-komponen sumber cahaya 13.5 nm, cermin pantulan, sistem litografi dan teknologi kawalan komponen. Walaupun begitu, pemfailan paten ini tidak bermakna bahawa Huawei mempunyai kebolehan untuk membangunkan pengimbas ini sendiri.
Malah, untuk syarikat-syarikat penghasil cip semikonduktor seperti TSMC, Intel, Samsung, SK Hynix dan sebagainya, teknologi yang dipatenkan oleh mereka ini akan dibangunkan oleh syarikat lain untuk mereka, sebagaimana syarikat seperti Qualcomm, MediaTek, Apple, AMD dan sebagainya menggunakan khidmat syarikat-syarikat ini untuk membangunkan cip-cip pemprosesan mereka.
Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah Huawei akan mula membangunkan pengimbas EUV ini untuk membangunkan cip-cip pemprosesan mereka, tetapi dengan sekatan ekonomi yang dikenakan keatas kerajaan China, ia mungkin akan memakan masa beberapa tahun lagi sebelum syarikat tersebut benar-benar boleh mula mengeluarkan komponen-komponen semikonduktor mereka sendiri.
[sumber]Tom’s Hardware[/sumber]