Peranti Mercu OnePlus Tidak Lagi Menggunakan Memori 8GB RAM

Diterbitkan pada Dis 27, 2022. oleh .

OnePlus akan melancarkan peranti mercu baharu mereka iaitu OnePlus 11 pada minggu hadapan di China sebelum memasuki pasaran global pada Februari nanti. Mereka telah pun mendedahkan rekaan penuh dan spesifikasi utama peranti ini.

OnePlus 11 dijangka akan menjadi satu-satunya peranti mercu utama mereka dan tiada lagi model Pro. Peranti ini akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, menggunakan RAM LPDDRX5 dan juga storan dalaman UFS 4.0. Memori dikatakan akan mencapai sehingga 16GB RAM dan menjalankan sistem operasi Android 13.

Di Weibo, OnePlus mengumumkan yang bermula tahun hadapan peranti mercu mereka tidak lagi akan menawarkan variasi 8GB RAM. Sebaliknya menurut Pete Lau, peranti mercu tidak patut menggunakan memori 8GB RAM dan haruslah bermula dari 12GB RAM. Dengan itu, model dengan spesifikasi paling rendah OnePlus 11 nanti akan menggunakan memori 12GB RAM.

Perkara ini turut akan diteruskan untuk peranti mercu lain OnePlus di masa hadapan akan datang.

komen


© Amanz / 2023 Kami