Cari @ Amanz

Nampaknya, dengan pelbagai perubahan dan sekatan terhadap dagangan melibatkan China oleh Amerika Syarikat, kini TikTok sekali lagi menjadi fokus seperti beberapa tahun lepas.

Mengikut laporan WSJ terbaru, ia dikatakan pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan dalam memaksa TikTok untuk menjual bahagian operasi media sosial TikTok di negara tersebut.

TikTok

Ia dikatakan pelbagai kebimbangan melibatkan sekuriti melibatkan pengguna Amerika Syarikat akan diatasi dengan bahagian TikTok di Amerika Syarikat dijual – dan bebas daripada Bytedance yang berpusat di China.

Walaubagaimanapun, menurut pihak TikTok, syarikat berkenaan bekerjasama untuk tempoh lebih dua tahun ini dalam pelbagai perkara melibatkan TikTok di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, dibawah Donald Trump, TikTok telah dipaksa jual sebahagian pegangan kepada Oracle. Namun, ia dikatakan pelbagai operasi masih diuruskan oleh Bytedance buat masa ini, sekaligus membawa kepada kebimbangan berkaitan data.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd