Carian
Siri Redmi K60 Kini Rasmi – Dijana Dengan Snapdragon 8 Gen 2 Dan Skrin 2K
December 27, 2022 Amy Maizuraa

Siri Redmi K60 telah dilancarkan di China sebentar tadi dengan tiga variasi berbeza. Ianya merangkumi Redmi K60, Redmi K60 Pro dan Redmi K60E yang mana kesemuanya mempunyai nilai tambah menarik masing-masing. Bukan itu sahaja, elemen rekaan yang diketengahkan untuk kali ini juga tampak lebih premium dengan pilihan warna yang pelbagai.

Redmi K60 Pro merupakan sebuah telefon pintar 5G dengan janaan cip Snapdragon 8 Gen 2. Pilihan memori pula sehingga 16GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman mencapai 512GB (UFS 4.0). Seterusnya skrin adalah sejenis AMOLED 2K sebesar 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Turut disertakan, kamera utama 50MP (utama) OIS + 8MP (ultra-lebar) + 2MP makro) dan kamera swafoto 16MP. Kapasiti bateri sebesar 5000mAh juga digunakan dengan sistem pengecasan pantas berwayar 120W dan nirwayar 30W.

Redmi K60 Dan Redmi K60 Pro

Seterusnya Redmi K60 pula dilengkapi skrin sebesar 6.67-inci AMOLED 2K yang dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Pilihan memori adalah sehingga 16GB RAM LPDDR5 yang dipadankan dengan storan dalaman mencapai 512GB (UFS 4.0).

Bateri sebesar 5500mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 67W dan nirwayar 30W turut digunakan. Seterusnya kamera utama pula terdiri dengan 64MP OIS + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) dan kamera swafoto sebesar 16MP.

Akhir sekali adalah Redmi K60 SE yang dijana dengan cip mediaTek Dimensity 8200. Ia juga memuatkan pilihan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman mencapai 512GB (UFS3.1). Skrin pula sejenis AMOLED 2K sebesar 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Turut disertakan adalah kamera utama 48MP dengan OIS dan kamera swafoto 20MP, di samping bateri 5,500mAh yang menyokong pengecasan berwayar 67W. Lain-lain spesifikasi termasuklah sistem pembesar suara dengan Dolby Atmos, sokongan Wi-Fi 6, NFC dan bluetooth 5.3.

Harga jualan untuk ketiga-tiga telefon pintar ini adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

  • Redmi K60 (8GB/128GB) – RMB2499 (~RM1585)
  • Redmi K60 (8GB/256GB) – RMB2699 (~RM1713)
  • Redmi K60 (12GB/256GB) – RMB2999 (~RM1903)
  • Redmi k60 (12GB/512GB) – RMB3299 (~RM2093)
  • Redmi K60 (16GB/512GB) – RMB3599 (~RM15907)
  • Redmi K60 Pro (8GB/128GB) – RMB3299 (~RM2093)
  • Redmi K60 Pro (8GB/256GB) – RMB3599 (~RM2283)
  • Redmi K60 Pro (12GB/256GB) – RMB3899 (~RM2474)
  • Redmi K60 Pro (12GB/512GB) – RMB4299 (~RM2728)
  • Redmi K60 Pro (16GB/512GB) – RMB4599 (~RM2918)
  • Redmi K60E (8GB/128GB) – RMB2199 (~RM1395)
  • Redmi K60E (8GB/256GB) – RMB2399 (~RM1522)
  • Redmi K60E (12GB/256GB) – RMB2599 (~RM1649)
  • Redmi K60E (12GB/512GB) – RMB2799 (~RM1776)
Komen