#LG

LG Innotek Hadir Dengan Sensor Kamera Yang Menyokong Zum Optikal Sehingga 9 Kali

Diterbitkan pada Dis 28, 2022. oleh .

Sehingga hari ini, peranti dengan sokongan kamera yang boleh zum jauh yang paling baik adalah peranti Samsung dengan teknologi Space Zoom mereka – di mana mereka menggabungkan zum digital dan optikal.

Kini, LG Innotek ingin mengubah semuanya dengan menawarkan sensor optikal telefoto baharu yang menyokong sehingga 9x zum optikal khusus untuk peranti yang dijana cip Snapdragon 8 Gen 2. Sensor ini menyokong zum optikal 4-9 kali dan mereka akan bekerjasama dengan Qualcomm untuk memastikan sokongan perisian adalah yang terbaik.

LG turut membangunkan aktuator zum untuk memastikan sensor boleh bergerak dengan pantas, tahan lasak serta kurang menggunakan tenaga bateri. Sensor ini turut hadir dengan OIS untuk memastikan penggunaan kamera ketika zum adalah stabil. Sensor kamera ini juga direka dengan rekaan nipis agar peranti boleh memuatkan komponen penting lain dan tidak dipenuhi dengan sensor kamera sahaja.

Dengan sensor zum optikal ini, LG turut ingin menjadi pembekal modul kamera nombor satu dalam kategori modul kamera zum optikal telefoto. Dengan kerjasama bersama Qualcomm, sensor kamera ini turut boleh menyokong auto-fokus, auto-dedahan cahaya, auto-keseimbangan putih dan banyak lagi.

Sensor ini akan diperkenalkan di acara CES 2023 nanti, di mana LG berhasrat pengeluar peranti turut akan menggunakan sensor mereka pada peranti Snapdragon 8 Gen 2 nanti.

komen


© Amanz / 2023 Kami