Redmi Buds 4 Youth Edition Dilengkapi Dengan Sokongan ENC Dan Bateri 20 Jam

Diterbitkan pada Dis 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi sedia hadir dengan pelbagai jenis fon telinga sama ada berwayar mahupun nirwayar. Kebanyakan daripadanya menampilkan aspek rekaan yang hampir serupa, tetapi dilengkapi perkakasan dalaman berbeza dalam menjadikannya mampu memenuhi keperluan pengguna hari ini. Terbaharu, Redmi Buds 4 Youth Edition telah diumumkan sebagai variasi paling asas dalam siri Redmi Buds 4 sebelum ini.

Rekaan yang digunakan adalah mirip dengan Apple AirPods yang menampilkan fon telinga jenis separa terbuka bertangkai. Pemacu audio sebesar 12mm digunakan dengan sokongan kawalan sesentuh pada tangkai bagi memudahkan penggunaan. Turut disokong adalah sistem pembatalan hingar elektronik berasaskan AI, seterusnya tambatan pantas pula menerusi sokongan bluetooth 5.3.

Bateri yang disertakan mampu bertahan sehingga 20 jam penggunaan dengan bantuan pod pengecas. Ia kemudiannya berkurang kepada 5 jam dengan fon telinga itu sensiri. Lain-lain spesifikasi termasuklah sambungan port USB-C dan melepasi penarafan kalis air dan debu IP54 yang sesuai untuk kegunaan sukan ringan. Untuk harga, Redmi Buds 4 Youth Edition dijual pada RMB139 (~RM101).

komen


© Amanz / 2023 Kami