Cari @ Amanz

Teknologi mempunyai isu di mana ia tidak berfungsi dengan baik pada kesemua pengguna. Antara isu awal teknologi kamera web ialah sistem pengecaman wajah tidak mengesan muka pengguna berkulit hitam dan sistem kamera kompak tidak mengesan muka pengguna dari Asia Timur yang senyum. Kini sebuah saman kumpul difailkan ke atas Apple kerana sensor pada Apple Watch tidak memberikan bacaan tepat pada pengguna yang berkulit gelap.

Saman difailkan di New York oleh  Alex Morales minggu lalu yang mendakwa pengimbas kepekatan oksigen dalam darah Apple Watch tidak tepat kerana kulit beliau yang gelap. Morales membeli Apple Watch antara tahun 2020 dan 2021. Apple dikatakan tidak pernah mengeluarkan penafian sensor oksimeter tidak memberikan bacaan tepat oleh itu saman ini difailkan.

Apple belu mengeluarkan kenyataan mengenai saman ini. Dalam penafian yang diterbitkan oleh mereka sebelum in, mereka hanya mengatakan oksimeter tidak akan memberikan bacaan tepat pada kulit yang bercacah sahaja. Mereka juga ada mengatakan bacaan Apple Watch hanya boleh digunakan sebagai laras asas untuk menyukat kesihatan tetapi bukan pengganti peranti perubatan sebenar.

Bulan ini bukan bulan yang baik untuk Apple kerana minggu lalu mereka didapati melanggar paten ECG milik AliveCor yang boleh menyebabkan jualan Apple Watch dihalang di Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd