Butiran Paparan Gaming Alienware Dengan Kadar Segar Semula 500Hz Tertiris

Diterbitkan pada Dis 28, 2022. oleh .

Dell dijangka akan memperkenalkan sejumlah produk baru sewaktu acara CES 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi, dan nampaknya salah satu produk tersebut telah tertiris ke arena web.

Ia adalah paparan skrin Alienware terbaru mereka yang dikatakan hadir dengan saiz 25 inci dengan resolusi Full HD, yang mungkin tidak begitu mengujakan. Akan tetapi, tumpuan utama paparan ini ialah pada kadar segar semulanya yang sangat tinggi, pada 480Hz. Menariknya, kadar segar semula ini juga boleh dilewahjam sehingga 500Hz.

Paparan ini, yang dinamakan Alienware AW2524AH telah ditiriskan di Twitter dan meggunakan panel IPS. Secara lazimnya, paparan skrin beresolusi Full HD dengan kadar segar semula tinggi ini dimanfaatkan oleh para atlit e-sukan untuk permainan-permainan seperti Counter-Strike: Global Offensive, Apex Legends, Valorant, DoTA 2, League of Legends dan sebagainya.

Dell dijangka akan memperkenalkan lebih banyak butiran mengenai paparan skrin ini di acara CES 2023 tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2023 Kami