Carian
Microsoft Tidak Lagi Menawarkan Kemaskini Pemacu Untuk Surface Laptop 2
December 29, 2022 Aman

Microsoft Surface Laptop 2 telah dilancarkan pada Oktober 2018 yang lepas. Kini, selepas sekitar empat tahun sejak dilancarkan, Microsoft dilihat telah menghentikan sokongan untuknya.

Melalui halaman sokongan yang dikemaskini, ia memperlihatkan Micrsofot telah pun menamatkan sokongan untuk Surface Laptop 2. Dengan ini, tiada lagi kemaskini pemacu yang akan ditawarkan untuk komputer riba tersebut.

Selain Surface Laptop 2, Surface Go juga telah dihentikan sokongan kemaskini pemacu sejak Ogos lepas.

Walaupun ia dilancarkan bersama Surface Pro 6, namun, sokongan untuknya dihentikan lebih awal berbanding dengan Surface Pro 6 yang akan disokong sehingga Jun 2023 kelak.

Walaupun sokongan pemacu dihentikan, tidak bermakna pengguna tidak boleh menggunakan komputer riba berkenaan. Ia akan masih menerima kemaskini sekuriti dan perisian serta sistem operasi seperti biasa.

Komen