Cari @ Amanz

Kebelakangan ini, terdapat pelbagai kebocoran data, dan terbaru data yang dikatakan milik 400 juta pengguna Twitter dijual oleh penggodam melalui sebuah forum yang terkenal dengan jualan data pengguna ini.

Data tersebut dikatakan dihimpunkan melalui sebuah kerentanan pada tahun 2021 – yang kini telah diatasi.

Penjualnya meminta bayaran sekitar $200,000 untuk data tersebut. Pada masa yang sama, penggodam berkenaan turut meminta Elon Musk untuk membelinya dan mengelak disaman disebabkan oleh kebocoran data.

Ia dikatakan data ini akan dijual secara eksklusif kepada hanya seorang pembeli sahaja, dan ia akan dipadam selepas itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd