Lufthansa Kini Menggunakan Lapisan AeroSHARK Pada Pesawat Bagi Menjimatkan Minyak

Diterbitkan pada Dis 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lapisan kulit ikan jerung nampak seperti licin tetapi sebenarnya mempunyai ribuan sisik kecil yang menjadikannya lebih aerodinamik ketika berenang di dalam air. Kulit jerung ini telah ditiru untuk menghasilkan AeroSHARK, lapisan “kulit” yang kemudiannya diletakkan pada tubuh kapal bagi menjimatkan penggunaan bahan api.

AeroSHARK dibangunkan oleh Lufthansa Technik and BASF dengan ia kini digunakan pada dua pesawat Boeing 777-300ER  dan Boeing 777F. Lapisan kulit aerodinamik ini boleh menjimatkan penggunaan bahan api sehingga 400 tan setahun dan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sehingga 1200 tan setahun.

Lufthansa Cargo dan SWISS telah diberikan kebenaran untuk menggunakan AeroSHARK pada pesawat mereka secara komersial oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA). Pada tahun 2023 sebanyak 23 pesawat Boeing 777 milik dua syarikat penerbangan ini akan menggunakan AeroSHARK yang sekaligus mengurangkan sebanyak 25,000 tan tapak karbon setahun.

komen


© Amanz / 2023 Kami