Google Dilaporkan Pernah Berniat Untuk Membeli Nuvia Sebelum Qualcomm

Diterbitkan pada Dis 29, 2022. oleh .

Tahun lepas, Qualcomm telah membeli syarikat pembangun cip Nuvia dengan harga RM5.6 bilion. Pengambilalihan ini membolehkan Qualcomm untuk meneruskan perancangan mereka membangunkan cip pesaing kepada Apple Silicon.

Dalam laporan oleh The Information, Google dilaporkan pernah berniat untuk membeli Nuvia sebelum Qualcomm bagi mengukuhkan lagi pembangunan cip Tensor mereka. Tetapi tiada butiran lain mengenai kenapa mereka tidak menjadi pembeli Nuvia.

Nuvia adalah syarikat cip yang terdiri daripada bekas pekerja Google dan jurutera Apple yang terlibat dengan pembangunan cip Apple M1.

Cip yang Nuvia telah bangunkan dan lengkap ketika selesai diambil-alih oleh Qualcomm adalah Qualcomm Oryon CPU yang dikatakan akan menguasakan PC sebelum digunakan pada telefon pintar dan untuk kokpit digital atau sistem bantuan pemandu untuk kereta elektrik. Sama-sama kita nantikan perkembangan Qualcomm dan Nuvia ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami