Cari @ Amanz

Sudah hampir tiga tahun pandemik Covid-19 melanda dunia dengan setakat ini lebih 651 juta kes di seluruh dunia dengan hampir 6.7 juta kematian dilaporkan setakat ini mengikut angka WHO. Sejak awal bulan ini, dunia mula memberikan tumpuan kepada China di mana kes harian serta kematian meningkat selepas langkah Covid Sifar dihentikan. Melihat kepada perkembangan ini, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak.

Saranan diberikan lebih-lebih laki sekiranya mereka adalah pekerja barisan hadapan serta termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi. Pengambilan dos penggalak disarankan walaupun kes baharu Covid-19 dan kematian di Malaysia masih agak rendah.

Seperti yang sedia maklum, suntikan vaksin yang diberikan KKM sejak lebih setahun lalu akan berkurangan keberkesanannya selepas sekitar 6 bulan. Selepas tempoh tersebut, dos penggalak disarankan untuk mengurangkan risiko berlakunya kematian sekiranya berlaku jangkitan.

Isu semasa ialah vaksin yang lebih berkesan menentang varian terkini Covid-19 diperlukan pada kadar segera. Syarikat farmaseutikal utama telahpun membangunkan vaksin yang lebih berkesan menentang varian baharu Covid-19. Di China peratusan pengambilan vaksin yang rendah di kalangan orang berusia dan vaksin buatan tempatan yang tidak begitu berkesan menentang varian lebih terkini menyebabkan berlakunya situasi sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd