Cari @ Amanz

Paten yang sudah boleh dijangka daripada Oppo apabila sering hadir dengan penawaran baharu untuk siri Reno dalam tempoh masa yang singkat. Untuk kali ini, berita mengenai Oppo Reno 10 Pro+ mula kedengaran menerusi imej lakaran yang kini tular meluas di arena web.

Ia menunjukkan rekaan telefon pintar dengan panel belakang yang memuatkan modul kamera berbentuk bujur. Turut disertakan, sistem tri-kamera yang mana salah satunya dipercayai menggunakan lensa periskop berbentuk empat segi. Ini sekaligus memberi bayangan telefon ini kelak mempunyai kemampuan zum yang tinggi. Modul kamera ini juga dilihat mempunyai sokongan dwi-LED Flash bersama penjenamaan Marilicon X.

Panel hadapan pula sejenis rata dan berlubang di bahagian tengah. Saiz bezel juga nampak seimbang pada keempat-empat sisi, di samping turut memuatkan butang kuasa di sebelah sisi kanan. Sementara itu, sisi kiri pula menunjukkan bayangan seakan butang laras audio. Tiada tarikh pelancaran rasmi yang diketahui setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd