Google Chrome Akan Menghalang Muat-Turun HTTP Kerana Tidak Selamat
December 29, 2022
Google
Aman
Google Chrome kini dijangka akan menambah sebuah ciri baharu, yang menghalang muat-turun daripada laman yang tidak selamat, atau berasaskan kepada HTTP.
Ini dilihat salah satu usaha dalam mengalakkan semua penyedia web beralih kepada HTTPS.
Chrome akan melabelkan sesuatu muat-turun sebagai tidak selamat dan menghalangnya, apabila ia mendapati laman yang membawa kepada muat-turun masih menggunakan HTTP, atau laman akhir untuk memuat-turun adalah pada HTTP.
Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal kelulusan, dan sekiranya disahkan, kita mungkin melihat implementasinya pada tahun 2023 kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.