Carian
Handbrake 1.6 Kini Hadir Dengan Sokongan Untuk Video AV1
December 30, 2022 Aman

Salah satu perisian yang agak kerap digunakan para penyunting video adalah Handbrake. Ia digunakan dalam mengubah format video, mengecilkan fail atau turut mengoptimasikan sesuatu fail video untuk sesuatu platform atau peranti.

Terbaru, pihak Handbrake telah pun memperkenalkan versi terbaru perisian mereka, iaitu Handbrake 1.6.

Melalui versi baharu ini, ia turut menambah sokongan untuk format video AV1, membolehkan pengekodan video berformat berkenaan.

Disamping itu, sejumlah pengoptimasian dilakukan, termasuk penambahan pengekodan VP9 10-bit, sokongan Intel Deep Link Hyper Encode, dan membuang pelbagai praset untuk VP8.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Handbrake 1.6 ini pada Windows, Linux dan Mac secara percuma hari ini.

Komen