IQOO Neo7 Racing Edition Dilancarkan – Sebuah Lagi Telefon Dengan Snapdragon 8+ Gen 1

Diterbitkan pada Dis 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat pelbagai pilihan telefon dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang di pasaran ketika ini. Terbaharu iQOO Neo7 Racing Edition telah diperkenalkan dengan cip yang sama, sekaligus menjadi penambahan paling baharu untuknya. Penawaran padanya juga dilihat tidak jauh berbeza dengan sebuah iQOO Neo7 dengan beberapa ciri dan fungsi yang masih dikekalkan.

Melaluinya peranti menggunakan skrin sebesar 6.78-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Turut disertakan adalah pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 120W juga digunakan pada peranti.

Seterusnya konfigurasi kamera utama pula terdiri dengan 50MP (ISECELL GN5) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro). Manakala kamera swafoto sebesar 16MP. Ia juga memuatkan motor linear dwi-paksi X untuk sokongan haptik yang baik, di samping ruang wap besar untuk pengudaran yang efektif.

Untuk harga, telefon ini dijual pada RMB2800 (~RM1775) (8GB/256GB), RMB3000 (~RM1902) (16GB/256GB) dan RMB3600 (~RM2283) (16GB/512GB). Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaanya untuk pasaran luar yang diketahui setakat ini. Tetapi iQOO sedia memperkenalkan iQOO 11 5G di Malaysia yang boleh didapati pada RM3,499 sebuah.

komen


© Amanz / 2023 Kami