Mantan Ketua Rekaan Mercedes-Benz Kini Mengetuai Unit Rekaan Peranti Mudah Alih Samsung

Diterbitkan pada Dis 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Electronics hari ini mengumumkan pelantikan Hubert H. Lee sebagai Timbalan Presiden Eksekutif dan Ketua Pasukan Reka Bentuk MX (Mobile eXperience). Setelah bekerja sebagai Ketua Pegawai Reka Bentuk Mercedes-Benz China sebelum ini, Lee mempunyai lebih daripada dua dekad pengalaman reka bentuk.

Dalam peranan baharunya di Samsung, Lee akan mengetuai Pasukan Reka Bentuk MX, yang bertanggungjawab untuk mencipta produk Galaxy seperti Siri S, Siri Z, Galaxy Tab, Galaxy Watch dan banyak lagi. Perspektif baharu yang bakal dibawa bakal memberikan nafas baharu kepada rekaan peranti-peranti mudah alih keluaran Samsung selepas ini.

Di Mercedes-Benz, Lee telah menerajui banyak projek reka bentuk dan menerima pelbagai anugerah atas kepimpinan cemerlang beliau dalam pasukan reka bentuk syarikat di Amerika Syarikat dan China.

komen


© Amanz / 2023 Kami