Carian
Maybank Mengesahkan Dakwaan Kebocoran Data Adalah Palsu Dan Tidak Benar
December 31, 2022 Aman

Semalam, kita telah melihat sebuah perkongsian hadir ke arena web, menjual data yang dikatakan daripada beberapa sumber, termasuk Maybank. Ketika itu, Maybank telah mengatakan sedang menjalankan siasatan lanjutan berkenaan dakwaan tersebut.

Kini, lanjutan daripadanya, Maybank hari ini mengesahkan yang mana dakwaan kebocoran tersebut adalah tidak benar.

Maybank turut memberi jaminan kepada pelanggan mereka, yang mana data kekal selamat, dan tiada yang terjejas.

Sebelum ini, pihak kerajaan juga telah menyatakan yang mana dakwaan tersebut kurang tepat, memandangkan nombor akaun Maybank yang dipaparkan adalah tidak sah dan tidak wujud, serta transaksi tidak boleh dilakukan.

Komen