Cari @ Amanz

Jika dahulu segala urusan melibatkan perbankan memerlukan kita semua untuk pergi ke mesin ATM atau cawangan fizikal, kini semuanya berada di hujung jari sahaja. Perbankan atas talian adalah antara salah satu inovasi terbaik yang kita semua dapat nikmati hari ini. Dengan adanya kemudahan ini, kebanyakkan urusan perbankan dapat diselesaikan dengan lebih cepat, semudah sentuh jari pada skrin dan goyang kaki sahaja.

Bagi CIMB, sebelum ini mereka telah hadir dengan aplikasi perbankan mereka, iaitu CIMB Clicks. Kini, CIMB telah memperkenalkan satu lagi aplikasi baharu untuk melancarkan pengalaman perbankan anda dengan penambahbaikkan sistem keselamatan dan operasi, iaitu aplikasi CIMB OCTO. Jadi, apakah keistimewaan aplikasi ini dan apakah kelainannya berbanding CIMB Clicks?

1. Antaramuka Yang Boleh Diperibadikan Mengikut Kehendak Anda

Aplikasi CIMB OCTO ini hadir dengan beberapa ciri yang sama dengan CIMB Clicks. Namun yang membezakannya adalah dari segi fleksibiliti untuk mengubah antaramukanya mengikut kehendak kita. Dalam kata lain, antaramuka CIMB OCTO ini serba baharu dan segar. Rekaannya juga memberi kebebasan kepada anda untuk memperibadikan antaramuka dengan lebih mudah mengikut kepentingan perbankan anda. Sebagai contoh, anda boleh membuat tetapan seperti meletakkan ciri Quick Balance untuk melihat baki simpanan anda, Quick Menu untuk mengakses pelbagai fungsi yang paling kerap anda gunakan, dan sebagainya mengikut keselesaan anda.

Aplikasi ini turut lengkap dengan ciri-ciri asas perbankan digital seperti DuitNow, DuitNowQR, JomPAY, kemudahan tambah nilai prabayar dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memeriksa butiran, nombor CVV dan tarikh luput kad kredit CIMB dengan lebih mudah melalui aplikasi ini. Kini, anda boleh mendapatkan semula resit transaksi di bahagian sejarah transaksi untuk dikongsikan semula pada bila-bila masa anda perlukan.

Selain itu, CIMB juga turut akan menambah ciri-ciri baru yang lain tidak lama lagi. Antaranya adalah seperti fungsi peringatan untuk membuat pembayaran komitmen setiap bulan, dapat mengakses kandungan berkenaan tip-tip berguna untuk keperluan perbankan anda, penganalisis perbelanjaan anda, fungsi membuat simpanan secara automatik dan macam-macam lagi.

2. Platform Yang Sentiasa Bersedia Untuk Kegunaan Masa Hadapan

Antara sebab mengapa fungsi yang ada pada aplikasi CIMB OCTO dilancarkan secara berperingkat adalah kerana CIMB inginkan kita sebagai pengguna untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan antaramuka mereka yang serba baharu ini. Malah menurut CIMB Malaysia, segala maklum balas oleh anda berkenaan aplikasi CIMB OCTO adalah dialu-alukan dan mereka akan berusaha untuk menambahbaikkan aplikasi baharu ini demi keselesaan pengguna.

Tambah lagi, aplikasi terbaru CIMB ini dibina dengan teknologi yang lebih baharu dan membolehkan anda untuk menggunakan ciri-ciri yang tidak ada pada CIMB Clicks sebelum ini. Segala kemaskini dan naik taraf yang dilakukan pula dikatakan bakal memenuhi ciri-ciri yang diperlukan. Ini bagi memastikan aplikasi ini menjadi platform yang sedia untuk penggunaan masa hadapan dari segi fleksibiliti untuk sebarang perubahan kemaskini, dan juga pertumbuhan trafik.

3. Dibina Dengan Sistem Keselamatan Yang Kukuh

Aplikasi ini juga turut menaik tarafkan sistem keselamatannya agar kita sebagai pengguna dapat merasakan lebih selamat dan yakin apabila menggunakannya. Menurut CIMB, aplikasi ini dibina dengan pelbagai lapisan keselamatan dan untuk memastikan ia lebih selamat digunakan, pihak CIMB menyarankan kita sebagai pengguna untuk mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Muat turun daripada gedung aplikasi yang disahkan dan boleh dipercayai – seperti Google Play Store, Apple App Store, atau HUAWEI AppGallery. Jadi, anda disarankan agar tidak klik pada mana-mana pautan yang mencurigakan.
  • Aktifkan identiti biometrik lebih peribadi, hanya anda yang boleh log masuk akaun untuk pembayaran yang lebih pantas.
  • Aktifkan kod 6 digit – sesuai untuk peranti yang tidak menyokong sistem biometrik
  • Sahkan transaksi yang ingin dibuat melalui aplikasi CIMB OCTO dengan SecureTAC. Kemudahan SecureTAC untuk transaksi atas talian yang dibuat melalui laman web akan dilancarkan dalam aplikasi CIMB OCTO menjelang separuh tahun pertama 2023. Buat masa ini, bagi membuat pengesahan transaksi berikut, anda masih perlu menggunakan aplikasi CIMB Clicks untuk menerima SecureTAC.

Muat Turun Aplikasi CIMB OCTO Terbaru Sekarang

Secara keseluruhan, aplikasi baharu ini dilihat bakal memberi lebih fleksibiliti kepada anda untuk memperibadikan akaun dan antaramuka yang sentiasa bersedia untuk sebarang kemaskini atau naik taraf di masa akan datang. Versi penuh CIMB OCTO dijangka akan dilancarkan sepenuhnya pada separuh pertama 2023, namun versi awal masih boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery sekarang.

Penafian: Advertorial daripada CIMB Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd