Inginkan Wi-Fi 5G di Rumah? Ini Pelan 5G Tanpa Had Daripada Yes

Diterbitkan pada Jan 9, 2023. oleh .

Pada tahun ini, rangkaian 5G telah dikormesialkan secara meluas di Malaysia. Syarikat-syarikat telekomunikasi juga dilihat bersaing antara satu sama lain untuk menawarkan pelan rangkaian 5G yang terbaik kepada pengguna. Namun buat masa ini, kebanyakan pelan 5G yang ditawarkan hanya terhad bagi kegunaan mudah alih sahaja. Tetapi ia berbeza untuk Yes, kerana mereka bukan sahaja melancarkan pelan internet 5G mudah alih, tetapi mereka juga adalah yang pertama menawarkan pelan internet 5G untuk kegunaan di rumah menerusi pelan Wireless 5G Home Fibre.

Pelan Wireless 5G Home Fibre

Selaras dengan sasaran Yes dalam memastikan kesemua rakyat Malaysia dapat menggunakan rangkaian 5G, Yes menawarkan pelbagai kelebihan pada pelan internet mereka untuk kegunaan anda semua. Kelebihannya adalah seperti Wireless 5G Home Fibre yang membolehkan anda menikmati kelajuan internet 5G sehingga 120Mbps tanpa had. Dalam masa yang sama, mereka juga menawarkan 150GB internet 4G LTE dengan kelajuan tanpa had. Kesemua ini boleh dinikmati dengan Wi-Fi 6 yang ditawarkan oleh Yes secara percuma melalui pelan mereka yang berharga RM148 sebulan.

Tetapi jika anda inginkan talian mudah alih 5G dalam masa yang sama, boleh juga melanggan pelan Yes Wireless Fibre 120Mbps Bundle. Ini kerana potongan harga 30% diberikan bagi setiap talian daripada pelan mudah alih Infinite jika anda melanggan pelan ini pada harga RM229 sebulan. Potongan harga ini dilihat memberi penjimatan berganda kepada pengguna, memandangkan harga asal bagi satu pelan talian mudah alih Infinite adalah berharga RM58 sebulan.

Kelebihan Melanggan Pelan Yes Wireless Fibre Plan

Apakah kelebihan yang membezakan Wireless Fibre Plan berbanding penawaran pelan fiber lain? Pertama sekali adalah pelan ini didatangkan dengan penghala mudah alih nirwayar yang tidak memerlukan pemasangan fizikal yang rumit. Dalam bahasa yang lebih mudah, anda tidak lagi perlu menebuk dinding mahupun menguruskan kabel penghala yang banyak dan berserabut. Ini sekaligus memudahkan lagi proses pemasangan. 

Hal ini kerana, kebiasaannya kita  perlu menunggu wakil syarikat telekomunikasi datang ke rumah untuk membuat pemasangan kabel. Perkara ini menyebabkan produktiviti harian kita sedikit terjejas kerana perlu menunggu kedatangan mereka ke rumah. Namun, dengan penghala nirwayar ini ia sudah tentu dapat menjimatkan masa anda dari menunggu, memandangkan anda sendiri boleh memasang penghala ini dengan mudah.

Melalui penghala nirwayar ini juga, capaian internet rumah anda akan menjadi lebih fleksibel dan tidak hanya kuat di sesuatu tempat sahaja kerana anda boleh mengubah kedudukan penghala dimana sahaja anda mahu.  Ia turut boleh disambungkan kepada 32 peranti melalui sokongan Wi-Fi 6 dengan lebih lancar sekaligus menyelesaikan masalah internet perlahan apabila disambungkan kepada pelbagai peranti secara serentak.

Sekiranya anda berminat dengan penawaran Yes Wireless 5G Home Fibre, terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan. Anda boleh mulakannya dengan menyemak liputan jalur lebar 5G dikawasan anda terlebih dahulu melalui laman web yes.my/coverage/. Sekiranya liputan 5G telah tersedia di kawasan anda, anda boleh memilih pelan Yes Wireless 5G Home Fibre. Kemudian, isi borang dengan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi proses penghantaran penghala dan kad SIM percuma ke rumah anda. Selepas itu, ia sudah sedia untuk digunakan.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, penawaran Wireless 5G Home Fibre Plan dari Yes ini mampu meningkatkan pengalaman penggunaan internet anda di rumah, tanpa mengira apa jenis aktiviti yang anda lakukan termasuk pembelajaran atas talian, bekerja dari rumah mahupun keseronokan ketika bermain permainan video kegemaran. Terdapat dua jenis pelan semuanya dan anda boleh memilih sama ada ingin melanggan pelan biasa atau juga pelan yang ditawarkan bersama pelan mudah alih.

Bukan sekadar itu, Yes juga merupakan syarikat telekomunikasi yang baru-baru ini telah memenangi beberapa anugerah daripada Anugerah Penarafan Bintang, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Anugerah tersebut terdiri daripada Kualiti Perkhidmatan Terbaik, Terbaik dalam kategori Tanggungjawab Sosial Korporat, Terbaik bagi kategori Kepuasan Pengguna dan juga Rangkaian Mudah Alih Terbaik untuk Syarikat Telekomunikasi Kurang Daripada 5 Juta Pelanggan. Melalui kemenangan anugerah ini, ia mungkin sedikit sebanyak meyakinkan anda lagi untuk terus melanggan pelan internet daripada Yes. Jadi, jangan tunggu lagi. Langgan pelan Wireless 5G Home Fibre daripada Yes sekarang dan nikmati pengalaman penggunaan 5G yang lebih memuaskan.

Penafian : Advertorial daripada Yes

komen


© Amanz / 2023 Kami