Redmi 12C Diperkenalkan – Telefon Berspesifikasi Asas, Kamera 50MP, Pengecas Mikro-USB

Diterbitkan pada Jan 1, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi sedia menyasarkan pasaran untuk telefon berspesifikasi asas dan pertengahan. Terbaru, Redmi telah memperkenalkan sebuah telefon baharu iaitu Redmi 12C yang hadir dengan spesifikasi asas.

Redmi 12C hadir dengan skrin 6.71-inci pada resolusi HD+, cip pemprosesan Helio G85, memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 12GB.

Telefon ini turut hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel, selain kamera belakang yang menyertakan sensor 50-megapixel bersama pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Telefon Redmi 12C ini mengekalkan bicu audio 3.5mm bersama dengannya. Ia hadir dengan bateri 5000mAh, dan suatu perkara yang mungkin mengecewakan ramai pada tahun 2023 ini adalah penggunaan port mikro-USB untuk pengecasan dan juga pemindahan.

Buat masa ini, Redmi 12C dipasarkan di China sahaja, dan dijual bermula 1 Januari 2023, iaitu hari ini pada harga 699 Yuan, iaitu sekitar RM450.

komen


© Amanz / 2023 Kami