Cari @ Amanz

CES 2023 akan berlangsung minggu ini dan Samsung telah melancarkan beberapa produk monitor baharu mereka lebih awal. Antara yang dilancarkan ialah Samsung Odyssey Neo G9 yang merupakan monitor ultra lebar pertama dunia dengan resolusi Dwi-4K (7,680×2,160 pixel) pertama dunia.

Odyssey Neo G9 dilengkapi skrin sebesar 57-inci dengan nisbah 32:9 dan melengkung 1000R. Lebih menarik panel ini turut menyokong kadar segar semula 240Hz. Ini adalah seperti menggunakan dua monitor 4K 16:9 secara serentak. Panel quantum Mini LED melepasi piawaian VESA Display HDR 1000.

Sambungan input yang disokong ialah DisplayPort 2.1. Harga jualan dan bilakan ia akan dipasarkan masih belum diumumkan.  

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd