Carian
Apple Merancang Tingkatkan Harga Untuk Mengganti Bateri iPhone
January 3, 2023 Aman

Apple kini dilihat akan meningkatkan harga untuk gantian bateri pada iPhone bermula 1 Mac kelak. Buat masa ini, ia hanya diumumkan di Amerika Syarikat sahaja, sebaliknya rujukan web untuk Malaysia mengatakan pengguna perlu merujuk kepada pihak pengedar seperti Machines.

Melalui perkongsian pihak Apple, semua gantian bateri untuk iPhone akan ditingkatkan harga, kecuali untuk iPhone 14.

Harga baharu akan diimplementasikan oleh Apple bermula 1 Mac 2023 kelak. Harga sedia ada untuk mengganti bateri pada iPhone akan kekal sehingga 28 Mac 2023 ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut di Malaysia, sama ada terjejas dengan peningkatan harga ini atau sebaliknya.

Komen