Cari @ Amanz

Adalah penting bagi seorang wanita untuk memastikan tahap kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Seperti yang diketahui apabila kesihatan diri terjaga, semestinya pelbagai penyakit dapat dihindari. Tidak dinafikan terdapat pelbagai jenis produk telah dihasilkan sebagai penyelesaian hal sebegini termasuklah dalam bentuk cincin pintar.

Misalnya seperti Movana Evie yang merupakan sebentuk cincin pintar terkini dengan sebahagian besar fungsi terbina seumpama seutas penjejak kesihatan pintar. Ini termasuklah kebolehan mengesan kadar denyutan jantung, kebolehubahan kadar jantung (HRV), oksigen dalam darah (SpO2), perubahan suhu kulit, pola waktu tidur, jumlah kalori yang dibakar dan kiraan langkah.

Sebagai tambahan, cincin ini juga boleh menjejak tempoh kitaran menstruasi yang normal bagi membantu pengguna wanita meramal ovulasi, tempoh seterusnya dan sebagainya. Hal ini juga selari dengan sasaran utama pengenalannya yang disasarkan kepada pengguna wanita sepenuhnya.

Ia juga diperbuat daripada logam dengan rekaan reka bentuk terbuka yang berbeza dengan cincin biasa. Ini bagi memastikan cincin itu selesa digunakan, dalam masa sama membolehkannya disesuaikan mengikut saiz pengguna.

Gambar sekadar hiasan – Oura Ring

Difahamkan, ia bakal dipelihatkan pada acara CES 2023 tetapi tiada maklumat khusus mengenai ketersediannya yang diketahui setakat ini. Ia juga dikatakan boleh menjadi pesaing terdekat kepada Oura Ring sebelum ini yang dijual dengan harga $300 (RM1316).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd