Carian
Apple AirPods Pro Edisi Tahun Arnab Diperlihatkan Untuk Pasaran China
January 3, 2023 Nazrin

Apple AirPods dan AirPods Pro merupakan aksesori fon telinga yang cukup popular sekali khususnya dikalangan pengguna peranti iPhone, dan terkini, Apple telah memperkenalkan sebuah edisi khas Tahun Baru Cina dengan rekaan arnab khusus untuk pasaran China.

Dari segi rekaan, ia merupakan Apple AirPods Pro generasi kedua yang hadir dengan rekaan arnab berbentuk minimalis di bahagian rangka pengecasan peranti. Rekaan arnab yang sama ini juga diperlihatkan pada bahagian kotak peranti ini.

Laporan-laporan mengatakan bahawa buat masa ini, Apple AirPods Pro edisi Tahun Baru Cina ini hanya dijual di pasaran China buat masa ini pada harga 1,899 yuan, iaitu harga yang sama untuk aksesori Apple AirPods Pro generasi kedua di pasaran tersebut.

Komen