Carian
Poco C50 Kini Rasmi Dengan Cip Helio A22, Kamera 8MP Dan Bateri 5000mAh
January 3, 2023 Amy Maizuraa

Poco C50 telah dilancarkan secara rasminya di India hari ini dengan sokongan spesifikasi kelas asas. Melaluinya, cip MediaTek Helio A22 digunakan dengan gabungan memori mencapai 3GB RAM dan storan 32GB. Ia juga boleh didapati dalam beberapa pilihan warna berbeza seperti Royal Blue dan Country Green.

Seterusnya skrin pula bersaiz 6.52-inci IPS LCD dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula standard. Kesemua ini telah dimuatkan ke dalam tubuh telefon pintar dengan skrin utama bertakuk kecil yang menempatkan kamera swafoto 5MP. Kamera utama 8MP dan 2MP (makro) turut disertakan pada bahagian belakang.

Kapasiti bateri pula 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 10W. Di samping itu, peranti turut menyertakan beberapa ciri lain seperti menjalankan Android 12 Go, pengimbas cap jari fizikal, bluetooth 5.0 dan bicu audio 3.5mm.

Poco C50 dijual di India pada harga bermula INR6,249 (~RM332) (2GB/32GB) dan INR6,999 (~RM372) (3GB/32GB). Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaan untuk pasaran luar yang diketahui setakat ini.

Komen