Samsung Memperlihatkan Teknologi Skrin Fleksibel Hibrid – Boleh Dilipat, Dan “Ditarik”

Diterbitkan pada Jan 3, 2023. oleh .

Samsung kini bersempena dengan CES 2023, turut memperlihatkan teknologi skrin paparan terbaharu mereka, iaitu skrin fleksibel hibrid – dimana skrin sama boleh digunakan secara boleh-dilipat, dan juga boleh-ditarik atau diluncurkan atau diregangkan.

Melalui skrin yang diperlihatkan, ia menawarkan skrin yang boleh dilipat menjadi 4.2-inci, atau dibuka kepada 10.2-inci – dan seterusnya diregangkan kepada 12.4-inci.

Dengan langkah ini, ia membolehkan anda membawa peranti bersaiz kompak, tetapi turut boleh dibesarkan untuk memudahkan anda menikmati kandungan pada skrin besar.

Buat masa ini, teknologi ini sekadar dipaparkan kepada umum, dan tidak diketahui apakah peranti terawal yang akan menggunakannya.

komen


© Amanz / 2023 Kami