Carian
iPhone 15 Dan iPhone 15 Plus Mungkin Hadir Dengan Kamera Utama 48MP
January 3, 2023 Aman

Dengan mulanya tahun 2023, kini pelbagai desas-desus peranti mula kedengaran, termasuk berkaitan iPhone akan datang, iaitu iPhone 15. Terbaru, mengikut salah seorang penganalisa, ia disasarkan iPhone 15 dan iPhone 15 Plus akan dilengkapi dengan kamera utama 48-megapixel.

Ini sekaligus akan memperlihatkan iPhone 15 dan iPhone 15 Plus mempunyai keupayaan kamera seumpama model Pro dibawah keluarga iPhone 14.

Walaupun kamera utama dinaik-taraf kepada sensor yang lebih baik, namun model iPhone 15 dan iPhone 15 Plus masih tidak akan menyertakan sebarang sensor LiDAR atau telefoto seperti pada model Pro.

Untuk model iPhone tahun ini juga, Apple dijangka membuat beberapa perubahan, termasuk berkemungkinan beralih kepada penggunaan USB-C.

Komen