Cari @ Amanz

Acer kini memulakan acara  CES 2023 dengan memperkenalkan beberapa produk baharu, termasuk salah satu yang mencuri perhatian adalah sebuah “meja basikal” yang dinamakan sebagai Acer eKinekt BD 3.

Ia merupakan sebuah meja yang dilengkapi pengayuh seumpama basikal – membolehkan anda bekerja sambil bersenam. Pada masa yang sama, mengayuhnya akan membolehkan anda menjana tenaga kinetik dan menggunakan ia dalam mengecas peranti pada meja tersebut.

Pengguna juga boleh melaraskan kedudukan meja untuk mod kayuh secara kasual sambil bekerja, atau dalam mod “Sukan” yang membawa kepada kayuhan lebih ekstrim dan menjana lebih tenaga, sambil turut bersenam.

Sebuah aplikasi khusus turut ditawarkan bersama meja ini, yang membolehkan anda mengetahui berapa lama anda telah mengayuhnya, berapa tenaga telah dijana, dan berapa kalori telah dibakar.

Acer menyasarkan untuk memasarkannya sekitar bulan Jun di beberapa buah negara. Buat masa ini, harga jualan tempatan masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd