Format Pengecasan Nirwayar Qi2 Dibangunkan Apple Dan WPC Akan Dilancarkan Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 4, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat beberapa format pengecasan nirwayar di pasaran sekarang dengan Qi merupakan yang paling popular dengan sokongan pada pelbagai peranti seperti Apple, Samsung dan Google. Ia masih lagi agak perlahan dengan kuasa maksimum 15W sahaja. Tetapi kini Apple dan Wireless Power Consortium (WPC) dilaporkan sedang membangunkan format baharu yang diberi nama Qi2.

Qi2 menerima bantuan Apple untuk dibangunkan dengan ia berasaskan teknologi MagSafe. Ahli WPC yang lain boleh menggunakan akan format Qi2 Magnetic Power Profile pada peranti dan pengecas bermagnet mereka sendiri. Tarikh pelancaran Qi2 secara rasmi akan dilakukan di masa hadapan dengan aksesori pertama yang melepasi piawaian Qi2 akan mula ditawarkan penghujung tahun ini.

Tiada maklumat mengenai output kuasa tetapi yang pasti ia pastinya lebih tingi berbanding 15W sekarang. Penyeragaman format pengecasan akan memudahkan pengguna membeli aksesori pengecasan nirwayar mereka kelak dan juga bermakna aksesori MagSafe boleh digunakan pada peranti Android tanpa sebarang isu.

komen


© Amanz / 2023 Kami