Acer Halo Swing Ialah Speaker Pintar Mudah Alih Dengan DTS Audio

Diterbitkan pada Jan 4, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Speaker pintar yang biasanya digunakan oleh kami adalah dari jenis berwayar dan tidak menawarkan audio yang menarik. Di CES 2023, Acer Halo Swing dilancarkan sebagai sebuah speaker pintar mudah alih yang bukan sahaja dilengkapi lampu RGB tetapi juga menyokong DTS Audio.

Terdapat skrin LED yang memaparkan maklumat mengenai audio serta lampu LED yang berubah mengikut rentak audio yang dimainkan. Apabila pembantu maya Google Assistant digunakan, lampu LED ini juga akan menyala. Selain Google Assistant, speaker ini juga boleh dikawal menerusi aplikasi Acer Halo Swing App. Kerana ia sebuah speaker pintar mudah alih, mengawal internet benda di rumah juga boleh dilakukan dengan hanya arahan suara.

Acer Halo Swing juga melepasi piawaian kalis air IPX5. Sambungan ke speaker dilakukan menerusi bluetooth 5.2 dan juga juga berwayar menggunakan kabel aux. Bilak Acer Halo Swing akan dijual dan harga belum diumumkan.

komen


© Amanz / 2023 Kami