AIO Acer Aspire S Diumumkan Dengan Skrin 32″, Cip Intel Gen-13 Dan Grafik Intel Arc

Diterbitkan pada Jan 4, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Komputer AIO dahulu mempunyai reputasi rekaan yang kurang menarik dan tidak berkuasa. Tetapi akhir-akhir ini imej mula berubah dengan beberapa penawaran yang mudah digunakan di atas meja dengan ruang yang terhad. Terkini AIO Acer Aspire S diumumkan di CES sebagai komputer semua-dalam-satu yang menarik.

AIO ini ditawarkan dalam dua saiz 32″ dan 27″. Model 32″ ditawarkan dengan skrin beresolusi WQHD berbezal nipis, dijana cip Intel Core i7-13700, dan grafik Intel Arc A-Series. Terdapat sistem pengecaman wajah dan pengimbas jari terbina pada bahagian tapak untuk meningkatkan sekuriti komputer ketika digunakan. Model dengan skrin 27″ pula ditawarkan dengan pilihan cip sehingga Intel i7 Gen-12.

Keseluruhan tubuh diperbuat daripada bahan aluminium dengan komponen PC diletakkan pada bahagian leher AIO yang nipis. Dengan rekaan yang minimalis ini, AIO ini kelihatan seperti sebuah monitor biasa. Bahagian tengkuk boleh dilaras untuk mengubah sudut pandangan ketika digunakan. Sebuah pada sesentuh OceanGlass boleh ditanggalkan daripada tapak untuk digunakan yang turut menyokong stylus.

Aksesori kamera web 1080p dan 1440p boleh digunakan dengan ia disambungkan menggunakan magnet. Lampu untuk kamera web juga boleh disambungkan menggunakan magnet di bahagian atas monitor. Komputer turut boleh disambungkan ke rangkaian WiFi 6E. Akhir sekali komputer ini menggunakan sistem operasi Windows 11.

Harga jualan Acer Aspire S 27″ dijual pada harga bermula $1200 (~RM5290) sebuah dan Acer Aspire S 32″ pula bermula daripada $1700 (~RM7490) pada Q1 2023.

komen


© Amanz / 2023 Kami