Alienware Hadir Dengan Monitor Pertama Pada Kadar Segar Semula 500Hz

Diterbitkan pada Jan 4, 2023. oleh .

Alienware, sebuah sub-jenama dibawah Dell yang memfokuskan kepada permainan video, kini telah memperkenalkan panel paparan atau monitor baharu mereka yang dioptimasikan untuk permainan video, dengan sokongan kadar segar semula sehingga 500Hz.

Untuk makluman, panel 24.5-inci ini menawarkan paparan HD penuh pada kadar segar semula 480Hz – dan boleh dilewah-jam sehingga 500Hz. Disamping kadar segar semula tinggi, ia turut menawarkan kadar pendam rendah, dengan masa respon sekitar 0.5ms.

Dengan sokongan yang tinggi ini, ia turut menyertakan keupayaan lain, termasuk sokongan G-Sync, pewarnaan 99% untuk sGRB, selain sokongan VESA DisplayHDR 400.

Pada bahagian tepi monitor ini, sebuah tempat tambahan turut disertakan untuk pengguna meletakkan fon kepala selepas selesai menggunakannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah harga jualan monitor ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami