Carian
Papan Kekunci Mekanikal ASUS ROG Azoth Hadir Dengan Skrin OLED Dan Suis ROG NX
January 4, 2023 Effi Saharudin

Pan kekunci ASUS ROG Azoth diumumkan semalam dengan suis mekanikal ROG NX. Terdapat sebuah skrin OLED monokrom sebesar 2-inci yang memaparkan mod ia dipasang. Sebagai papan kekunci gaming, terdapat lampu LED pada setiap kekunci dengan ia boleh dikawal oleh pengguna.

ROG Azoth ditawarkan dalam pilihan tiga suis ROG NX Red, Brown, dan Blue. Rekaan adalah dari jeni 75% dengan 82 kekunci kesemuanya. Bahagian tubuh diperbuat daripada aluminium dengan gasket silikon yang meredam bunyi ketika menaip. Sebuah butang laras fizikal pada sisi kanan digunakan untuk mengubah tambatan kepada tiga peranti secara bluetooth.

Sambungan kepada komputer ialah menggunakan kabel USB-C, bluetooth dan juga RF 2.4 GHz. Dalam mod nirwayar, ASUS mengatakan ROG Azoth boleh beroperasi sehingga 2000 jam jika LED dan OLED dimatikan.

Pengguna yang tidak berpuas hati dengan kelancaran menaip boleh menggunakan pelincir Krytox GPL-205-GD0 yang diberikan sekali. ASUS ROG Azoth boleh digunakan pada komputer Windows 10, Windows 11 dan macOS. Harga jualan belum diumumkan.

Komen