Carian
ASUS ROG Zephyrus G14, G16, M16 Dan Duo 16 Dikemaskini Dengan GeForce RTX 4090
January 4, 2023 Effi Saharudin

Siri ASUS ROG Zephyrus diberikan nafas baharu pagi ini dengan model baharu yang dilengkapi komponen yang terkini bagi memenuhi keperluan golongan gamer. ASUS ROG Zephyrus G14 2023 hadir dengan pilihan panel 14″ ROG Nebula HDR QHD+ dari keluarga mini LED sehingga 165Hz. Terdapat juga pilihan panel IPS LCD 144Hz yang lebih mampu milik.

Ini dipadankan dengan pilihan cip sehingga AMD Ryzen 9 Zen 4, grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 4090 GDDR6 16 GB dengan TGP 125W dilengkapi MUX Switch NVIDIA Advanced Optimus yang mengoptimasi penggunaan kuasa apabila diperlukan. Memori adalah sehingga 32 GB DDR5 dan storan sehingga 1 TB PCIe 4.0 SSD. Selain itu pada panel belakang terdapat panel AniMe Matrix yang boleh dikustomasi untuk memaparkan pelbagai corak animasi. 

ASUS ROG Zephyrus G16 2023 hadir dengan pilihan panel 16″ ROG Nebula Display QHD+ 240 Hz dari keluarga IPS LCD dengan sokongan Dolby Vision. Terdapat juga pilihan panel IPS LCD 144Hz yang lebih mampu milik. Cip pemproses Intel Core i9-13900H, grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070 GDDR6 8 GB dengan TGP 120W dilengkapi MUX Switch NVIDIA Advanced Optimus yang mengoptimasi penggunaan kuasa apabila diperlukan.

Memori adalah sehingga 48 GB DDR4 dan storan sehingga 2 TB PCIe 4.0 SSD. Bateri 90Wh membekalkan kuasa kepada komputer riba gaming yang seberat 2 kilogram ini. Melengkapi spesifikasi ialah sokongan audio Dolby Atmos menerusi empat wooofer dan dua tweeter.

ASUS ROG Zephyrus Duo 16 2023 pula hadir dengan pilihan sehingga panel 16” QHD+ 240 Hz Mini LED dan juga skrin sekunder berbentuk empat segi berhampiran papan kekunci. Terdapat juga pilihan panel IPS LCD 240Hz. Cip pemproses AMD Ryzen 9 Zen 4, grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 4090GDDR6 16 GB dengan TGP 165W dilengkapi MUX Switch NVIDIA Advanced Optimus yang mengoptimasi penggunaan kuasa apabila diperlukan.

Memori adalah sehingga 64 GB DDR5 dan storan 2 x 4 TB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD . Bateri 90Wh membekalkan kuasa kepada komputer riba gaming yang seberat 2.6 kilogram. Melengkapi spesifikasi ialah sokongan audio Dolby Atmos menerusi dua wooofer dan dua tweeter.

Akhir sekali ialah ASUS Zephyrus M16 2023 dengan sistem penyejukan baharu ROG Tri-Fan Technology yang membolehkan ia beroperasi pada kuasa lebih tinggi dengan cip Intel Core i9-13900H dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4090. Seperti Zephyrus G14, M16 turut hadir dengan skrin AniMe Matrix Display pada bahagian penutupnya.

Harga jualan kesemua komputer riba ASUS ROH Zephyrus 2023 masih belum diumumkan pada waktu ini.

Komen