Bumi Dijangka Berada Pada Kedudukan Paling Dekat Dengan Matahari, Esok 5 Januari

Diterbitkan pada Jan 4, 2023. oleh .

Seperti ramai sedia maklum, planet Bumi mengorbit Matahari dalam bentuk elips, sekaligus menjadikan jarak Bumi dan Matahari akan sentiasa berbeza pada setiap hari. Ini sekaligus akan turut membawa Bumi melalui titik paling dekat dengan matahari, dan juga paling jauh dengan matahari pada setiap tahun.

Jarak paling dekat dengan matahari ini dinamakan sebagai Perihelion, sementara jarak paling jauh pula dinamakan sebagai Aphelion.

Untuk tahun ini, Bumi dijadualkan akan melalui titik perihelion ini pada 5 Januari 2022, iaitu esok. Pada kedudukan ini, Bumi akan berada pada jarak 147,098,925 km dengan Matahari.

Fenomena ini adalah lebih dari segi sains dan juga astronomi, dan dijangka tidak memberi sebarang kesan yang signifikan kepada manusia di Bumi.

Sumber : MYSA

komen


© Amanz / 2023 Kami