ROG Swift Pro PG248QP Ialah Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 540Hz Pertama Dunia

Diterbitkan pada Jan 4, 2023. oleh .

Asus cukup terkenal dengan penawaran pelbagai monitor gaming yang menarik. Misalnya seperti ROG Swift Pro PG248QP baharu dengan kadar segar semula 540Hz yang diumumkan di CES 2023. Ini sekaligus menjadikanya antara yang terawal menawarkan sokongan tersebut setakat ini. Dalam masa sama, Ia turut menjanjikan pengalaman permainan yang lebih lancar berbanding generasi sebelum ini.

Skrin sebesar 24.1-inci beresolusi FHD (1920 X 1,080 piksel) digunakan dengan padanan panel TN yang dinaik-taraf dipanggil Esport TN atau E-TN. Turut disertakan adalah sokongan G-SYNC dan Nvidia Reflex Analyzer terbina yang boleh mengukur kependaman pada sistem. Di samping itu, terdapat juga sokongan pembesar suara terbian dengan ESS Codec yang turut mampu mengurangkan kependaman pada audio.

Dalam pada itu, Asus turut menambahbaik monitor ini dengan menyediakan tapak yang ergonomik dan boleh dilaras. Monitor gaming ini akan mula tersedia pada suku kedua tahun ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami