OnePlus 11 Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Gen 2 Dan Pengecasan Pantas 100W

Diterbitkan pada Jan 4, 2023. oleh .

OnePlus 11 telah dilancarkan secara rasminya di China, hari ini. Ia dilengkapi spesifikasi kelas mercu menerusi sokongan cip Snapdragon 8 Gen 2. Turut dimuatkan adalah memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman mencapai 256GB UFS 4.0.

Seterusnya skrin melengkung sebesar 6.7-inci AMOLED QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz digunakan. Di samping turut memuatkan beberapa ciri tambahan lain seperti HDR10+ Dolby Vision dan kecerahan puncak 1300nits. Kamera utama pula terdiri dengan 50MP OIS (Sony IMX980) + 48MP (Ultra-lebar Sony IMX581) + 32MP RGBW (telefoto dengan zum optikal 2X). Sementara itu, kamera swafoto pula sebesar 16MP. Untuk makluman, OnePlus juga meneruskan kerjasama dengan Hasselblad untuk sistem kamera pada peranti.

Kapasiti bateri adalah 5,000mAh dengan pengecasan berwayar 100W, yang membolehkan peranti dicas semula sehingga 100% dalam hanya 25 minit. Kemudian, pembesar suara pula sejenis stereo dengan audio Dolby Atmos, di samping turut menjalankan ColorOS 13 berasaskan Android 13.

Untuk harga, telefon pintar ini dijual pada RMB3999 (~RM2553) (12GB/256GB), RMB4399 (~RM2808) (16GB/256GB) dan RMB4899 (~RM3128) (16GB/512GB). Tiada maklumat mengenai ketersediaannya di pasaran luar yang diketahui setakat ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami