OnePlus Buds Pro 2 Dilengkapi Dengan ANC Dan Audio Dynaudio

Diterbitkan pada Jan 4, 2023. oleh .

OnePlus Buds Pro 2 juga telah diumumkan di China hari ini dengan beberapa ciri dan fungsi menarik. Salah satu daripadanya, sistem audio yang ditala oleh Dynaudio untuk kualiti lebih baik berbanding generasi sebelum ini. Selain, turut diperakui Audio Hi-Res yang menyokong codec audio LHDC 5.0 dan audio spatial.

Turut disertakan adalah ciri pembatalan hingar aktif dengan kebolehan mengesan persekitaran secara pintar. Di samping mod latensi rendah sehingga 54ms untuk pengalaman permua lebih baik. Tambatan pantas pula menerusi bluetooth 5.2, yang turut menawarkan ciri “dual connection” untuk disambungkan ke dua peranti berbeza secara serentak. Bateri yang digunakan mampu bertahan sehingga 9 jam penggunaan, kemudian meningkat maksimum 39 jam dengan bantuan pod pengecas. Tidak ketinggalan, ia turut melepasi penarafan kalis air IP55 untuk pelindungan tambahan.

Kesemua ciri dan fungsi yang dinyatakan telah dimuatkan ke dalam Set fon telinga nirwayar dari jenis dalam telinga (in-ear) dengan gabungan pod pengecas bersaiz kompak. Untuk harga, OnePlus Buds Pro 2 dijual di China pada RMB899 (~RM575).

Sumber – OnePlus China

komen


© Amanz / 2023 Kami