Honor X9a 5G telah dilancarkan secara rasminya hari ini dengan harga jualan RM1,499 sebuah. Melaluinya, cip Snapdragon 695 digunakan sekaligus menjadikan ia sebuah telefon pintar pertengahan dengan 5G terbina. Turut dimuatkan adalah memori 8GB RAM, RAM maya 5GB dan storan 256GB.
Seterusnya, ia juga memuatkan skrin melengkung sebesar 6.67-inci OLED FHD+ dengan kadar segar 120Hz. Kamera utama pula terdiri dengan 64MP (utama) + 5MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) yang diikuti dengan kamera swafoto 16MP. Turut disertakan adalah bateri 5,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W.
Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan bluetooth 5.1, pembesar suara mono, sambungan port USB-C dan menjalankan MagicUI 6.1 berasaskan Android 12. Bagi yang berminat, ketersediaan adalah bermula hari ini dengan hadiah bernilai RM418 (berupa Honor Choice Earbuds X3 & pelindungan skrin retak sehingga 180 hari) yang diberikan secara percuma.