GeForce NOW Kini Menyokong Penstriman 240FPS Dengan GPU RTX 4080

Diterbitkan pada Jan 4, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perkhidmatan GeForce NOW kini menyokong penstriman permainan video pada tetapan 250FPS. Ini kini mampu dilakukan selepas pelayar SuperPOD mereka kini dilengkapi dengan GPU RTX 4080. Setiap SuperPOD mempunyai kuasa memproses 64 teraflops yang bersamaan dengan 5 kali ganda kuasa Xbox Series X dan hampir 1.75 kali ganda kuasa SuperPOD versi sebelum ini.

Hanya pelanggan pelanggan tahap Ultimate sahaja boleh mengakses penstriman pada tetapan tertinggi ini dengan bayaran $19.99 sebulan. Pelanggan penstriman menggunakan RTX 3080 sebelum ini secara automatik dapat mengakses tahap Ultimate.

Pada tetapan grafik 4K, NVIDIA berkata GeForce Now boleh menyokong kadar bingkai antara 60-120FPS. Buat pertama kali resolusi ultra lebar sehingga 3,840 x 1,600 pixel juga disokong.

komen


© Amanz / 2023 Kami