Honor X7a Dengan Cip Helio G37 Turut Diumumkan – Berharga RM799

Diterbitkan pada Jan 4, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara pelancaran hari ini turut memperlihatkan pengenalan untuk Honor X7a yang merupakan sebuah peranti kelas asas dengan janaan cip MediaTek Helio G37. Di samping turut memuatkan beberapa lagi ciri menarik lain seperti kamera utama 50MP dan bateri besar 6000mAh. Bagi yang berminat, Honor X7a dijual pada RM799 dengan pilihan warna seperti Titanium Silver, Ocean Blur dan Midnight Black.

Untuk spesifikasi, skrin sebesar 6.75-inci LCD HD+ dengan kadar segar semula 90Hz digunakan. Sokongan memori pula 6GB RAM yang dipadankan dengan storan terbina 128GB. Turut disertakan, kapasiti bateri besar 6000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 22W.

Sistem kuad kamera yang disertakan terdiri dengan tetapan 50MP (utama) + 5MP (ultra-lebar) + 2MO (kedalaman) + 2MP (makro), di samping kamera swafoto 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan MagicUI6.1 berasaskan Android 12, sokongan bluetooth 5.1 dan sambungan port USB-C.

komen


© Amanz / 2023 Kami